Thursday, April 26, 2007

advertisement.png, 0 kB
Advertisement
powered_by.png, 1 kB
Koleksi Majalah PDF Print E-mail
Koleksi Majalah ditempatkan di Tingkat 2 Perpustakaan. Koleksi ini terdiri daripada Koleksi Majalah Kini, Majalah Berjilid, Monograf Bersiri, Laporan Tahunan, semua terbitan bersiri serta majalah dalam bentuk elektronik (CDROM dan secara talian). Penggunaan koleksi ini terhad di dalam perpustakaan sahaja kecuali Monograf Bersiri yang dibenarkan pinjaman keluar. Peminjam dihadkan kepada kakitangan Akademik dan siswazah Lanjutan sahaja dengan jumlah pinjaman sebanyak 4 bahan selama 14 hari. Pengguna boleh membuat salinan fotokopi sekiranya memerlukan artikel daripada koleksi ini. Walau bagaimanapun, peraturan membuat salinan adalah tertakluk dibawah Akta Hakcipta 1987.

Koleksi Majalah Kini
Majalah Kini terdiri daripada majalah langgan terbitan tahun semasa disusun mengikut abjad tajuk majalah. Isu terkini akan dipamerkan di rak, manakala isu yang kebelakangan dalam tahun berkenaan boleh di dapati tersusun di atas rak tersebut.

Koleksi Majalah Berjilid
Majalah kini yang isunya telah lengkap, terbitan tahun kebelakangan akan dijilid dan disusun di rak yang berasingan. Susunan adalah sama mengikut abjad tajuk majalah. Sehingga kini Perpustakaan mempunyai 1,520 tajuk majalah (27,000 naskhah majalah) yang terdiri dari majalah langganan. monograf bersiri, buku tahunan dan sebagainya.

Koleksi Majalah Bentuk Elektronik
Terdapat beberapa tajuk majalah yang disediakan dalam bentuk CD-ROM dan secara talian. Koleksi ini mengandungi 1,200 judul teks penuh.Koleksi ini hanya boleh digunakan di dalam Perpustakaan sahaja. Cetakan dan pindahan maklumat ke dalam disket adalah dibenarkan. Bayaran minima dikenakan bagi tujuan tersebut. Pengguna juga boleh mengakses beberapa tajuk majalah melalui talian. Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan kakitangan Unit Terbitan Bersiri dan Dokuman melalui sambungan 3469 dan 3471.

[ Back ]
© 2007 ::: Portal Perpustakaan Hamdan Tahir:::
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License